Catatan Haji

السلام عليكم

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Selamat mengunjungi laman web kami...
Diharap anda akan mendapat info seperti yang anda jangkakan dari laman web kami ini.



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Tujuan kami bina laman web ini ialah sebagai storage nota-nota, definisi dan pengetahuan tentang ibadah haji, dalam persediaan kami untuk menunaikan fardhu haji. Ianya ialah sebagai kemudahan untuk kami merujuk bila kami keluar (menghadiri mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya). Jadi, kami tidak perlu membawa nota-nota, buku meskipun pendrive. Apa yang kami perlukan ialah sebuah PC atau notebook dan talian internet.

Jadi kami boleh mengulangkaji di mana-mana.

Nota-nota dan pengisian catatan haji dalam laman web ini adalah dari gabungan buku, kursus haji dan muat turun dari laman web lain. Diharapkan sumber-sumber yang kami ambil ini boleh menghalalkan apa yang kami lakukan ini. Kami tidak mencari keuntungan duniwai dari laman ini. Tetapi jika laman ini boleh membantu pengunjung lain, ianya amat amat kami alu-alukan.
Sedikit  gambar-gambar kami selitkan sebagai kenangan kami dan mungkin boleh membantu dari segi visual untuk pengunjung yang belum pernah sampai ke sana, mendapat sedikit bayangan tentang tempat tersebut.

Sekian terima kasih.


Terima kasih kerana sudi singgah sebentar di laman kami....

Syukran Jazilan....

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

وَأَتِموُّاالْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ ِللهِ – البقرة 196

Dan sempurnakanlah ibadah Haji dan Umrah kerana ALLAH

 

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، مَنْ مَلَكَ زَادًا وَرَاحِلَةً تُبَلِّغُهُ إِلىَ بَيْتِ اللهِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلاَ عَلَيْهِ أَنْ يَمُوْتُ إِنْ شَاءَ يَهُوْدِيًّا وَإِنْ شَاءَ نَصْرَانِيًّا

Daripada Ali (RA): Bersabda Rasullullah (SAW), Barangsiapa yamg mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikan ke Baitullah, tetapi ia tidak menunaikan Haji maka tiada halangan ke atasnya jika dikehendaki matinya yahudi atau nasrani.

 

Daripada Abi Hurairah (RA), Bersabda Rasullullah (SAW):

مَنْ حَجَّ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ غُفِرَلَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Barangsiapa menunaikan Haji sedang ia tiada mencabul dan tiada menceroboh maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

 

Maksud Hadith daripada Abi Hurairah (RA), Bersabda Rasullullah (SAW):

Dosa yang berlaku diantara dua Umrah adalah dihapuskan dan tiada balasan bagi  Haji yang Mabrur (Haji yang diterima) melainkan Syurga.


... dapatkan installer-installer bersaiz kecil di sini...
ID & password? : hubungi : jek1931@yahoo.com